Saturday, December 10, 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500

_________________________________________________________

PERATURAN
  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu Yang Layak
  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

Sila kemukakan salinan;

  • MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.
Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turundi laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my mulai esok.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
sumber dari MOF & LHDN.

1 comment:

  1. yang hairannya saya mohamad daud bin sahee kp 631225125121 semenjak BR1M di keluarkan oleh kerajaan saya punya permohonan tak pernah di luluskan oleh pihak lembaga hasil dengan alas an saya di katakana mempunyai pendapatan yang melebihi tiga ribu keatas, sungguh menghairankan macam mana saya boleh ada mempunyai pendapatan sedemekian sedangkan saya tidak punya sebarang kerja dan pendapatan, saya amat keciwa selepas saya bersarah dari angkatan tentera Malaysia tanpa berpencen pada tahun 1993 saya tidak bekerja sehingga kini kenapa pihak lembaga hasil boleh buat keputusan semecam itu, apa masalah lembaga hasil

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...