Friday, December 30, 2011

Balik Kampung Highlights.

Lagi 1 week left before practical, so, we decided to balik kampung.
*matilah ayat campur-campur*
Ipoh-KL-JB.
Ada je bas dari Ipoh direct terus ke JB, ke Pasir Gudang tak ada. So, ingatkan nak singgah KL and beli tiket ke Pasir Gudang.
TAPI bila kami sampai TBS-BTS, tiket ke Pasir Gudang semua dah habis.
*nanges*
So, nak tak nak, kenalah beli juga tiket ke JB dulu.
_________________________________________________________________
Dah lama tak datang KL.
Macam-macam perubahan ada.
Contoh: Nak naik LRT dah pakai token, tiket dah tak ada.
lepas tu kena beratur panjang gila nak beli token ni kat machine.
then sampai Terminal Bersepadu Selatan [TBS], beli tiket dekat kaunter pun kena beritahu nama penuh dengan no kad pengenalan.
dah macam beli tiket airplane.
(x____X)"
Lepas tu, kami pergi waiting area.
bila bas sampai, kena beratur scan barcode kat ticket tu.
and..yes, siap ada paging-paging nama OK. 
 Kalau ada yang lambat, nama mesti naik punya. Klass~~~famous la ko bedah.
[OK. sejibik macam airport]
*tak sempat nak tawaf satu TBS. sampai TBS pukul 5.17, bas pukul 5.30*
Dalam pukul 11.30 malam kami baru sampai Larkin Sentral/JB.
Dah tak ada bas nak balik Pasir Gudang.
*nanges lagi*
So, terpaksalah naik teksi. Kena charge RM35.
*nanges..nanges..nanges..*
Tak kisahlah, yang penting sampai dekat rumah kan?
_________________________________________________________________
Tak ada apa aktiviti yang menarik pun kami buat cuti ni.
Makan, berjalan pergi Tesco/KipMart, makan lagi, masak pengat labu, air bali, makan lagi, tengok TV, makan lagi dan makan sampai bulat.
_________________________________________________________________
Time balik semalam, dekat Larkin Sentral pun kami makan, makan 
dan makan lagi.
Kacang Pool!
_________________________________________________________________
Kesimpulannya, kami balik ni cuma nak tambahkan lemak-lemak di badan.
*nanges*

2 comments:

norsharmila said...

kacang pool ni sy plak xpenah mkn lg. bubur kacang+telo ke tu?

Hernee Nazir said...

oooo dulu mak merantau eh..

- Hernee Nazir -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...