Sunday, September 25, 2011

kena minum air banyak tau~!

korang tau tak air tu penting?
*ya kami tau~~tapi tak kisah pun*
selalunya budaya bawa bekal air ni student Cina selalu buat, bukan main besar botol air diorang angkut kehulu-kehilir.
*ni berdasarkan pemerhatian aku la, tak tau la kalau korang*
student melayu?
tak ramai yang buat. 
kalau ada pun mesti kecik ciput je botol airya.
*aku pun sama termasuk*
fx air: maintain suhu badan, metabolism lemak dalam badan, membantu sistem penghadaman, angkut nutrient ke seluruh badan, angkut oksigen ke otak, detox dan banyak lagi la.
setiap orang kena minum at least 8 cawan/2 Liter air 
setiap hari, 
kalau korang suka exercise/overweight *macam aku* 
haruslah kena minum lebih dari 2L tau~
ada satu lagi misconception:
ish, kalau aku minum air banyak, kembung air la aku. gemuk. sembap. baik tak payah minum air banyak sangat.
korang dah silap ni, korang tau tak badan korang sembab bukan sebab banyak air. badan sembab sebab kurang air la syg oi~~
bila kita kurang minum air, air yang sepatutnya jadi air kencing tu, akan reabsorb back kat dalam badan.
tak pun badan kita serap balik air kat dalam darah tu, menyebabkan kapilari darah kita jadi kecik, darah jadi pekat, and jantung susah nak pump darah.
implikasinya, korang boleh dapat darah tinggi, tinggi kolestrol, dan heart disease yang lain. tak ke haru. 
korang nak ek macam tu?
cakap senang lah. macam mana aku nak minum air sampai 2Liter tu?
meh aku kongsi macam mana nak increase pengambilan air kita:
[1]
masak air banyak2 bubuh dalam botol.
letak tepi katil, tepi meja solek, tepi loker, tepi laptop dan sebagainya. dan jadikan budaya, bila nampak je, terus minum.
[2]
tak suka minum air kosong, buat la lemonade ke apa bubuh dalam peti ais. 
ni resepi aku:
air 
madu 
gula 
lemon
limau nipis/kasturi 
tak pun, kalau dah malas sangat, buat lah air glukos, ribena ke apa. kalau lagi malas tahap dewa gaban. potong timun bulat2 pastu masuk dalam air sejuk. oh sedap. boleh tampal kat mata jugak.
[3]
tak mau minum air, banyakkan makan buah macam buah tembikai, tomato etc.
[4]
beli botol air cantik. semangat sikit nak tayang kat classmate.
tips: bubuh straw tau.
aku tak tahulah kenapa, kalau minum gitu air aku lambat habis. kalau pakai straw air cepat habis.
cuba korang try pulak.
[5]
tak mau minum air, selalu terkencing!
yang ko pi minum waktu nak tidur buat apa. minum la siang-siang.
[6]
macam mana korang tau korang minum cukup air?
kalau kencing korang kuning. kira tak cukuplah tu. takkan tak tahu kut. kalau air dah minum banyak, tapi kencing kuning gak. pi jumpa doktor cepat. ada masalah kidney agaknya.
[7]
kurangkan ambik kopi [kafein], ni semua diuretic. buat korang kuat kencing.

dah cukup. tu je aku nak bebel. meh kongsi-kongsi tips.
boleh kita tambah-tambah pengetahuan.

2 comments:

  1. aku suka sungguh minum air. haha xlarat nak pegi toilet pulak :P

    ReplyDelete
  2. bagus minum air masak selalu. tak ngantuk dalam kelas...

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...