Sunday, August 28, 2011

misi hari ini.

mlm ni balik JB.
patut kah aku cakap "yeah~~"?
best sebab dapat balik beraya dengan family tercinta.
tak best sebab tak dapat sambut hari raya pertama kami
+
tak best sebab banyak kerja sekolah and lepas cuti ni terus exam. baju bawa balik kampung sehelai dua, buku sekolah satu bagpack. penuh.
err..buku tak ilmiah pun ada bawa balik jugak.
takut boring di pagi raya.
woooo~~
(ಥ_ಥ)
...
walaupun dalam kesibukan nak bersiap pulang ke selatan tanah air
*cewah~* 
hari ni aku menyempat buat kuih raya sikit untuk mak mertua
simple2 je. hahaha.
entah suka ke tidak beliau.
*nak ambil hati ni*
Resepi Cornflake Madu

Bahan-bahan
1 kotak cornflakes – 220g
100g butter
4 sudu besar madu
5 sudu besar gula
Paper cups
Manik warna-warni (optional)

Cara-cara
Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati.
Masukkan cornflakes dan kacau hingga sekata. Masukkan cornflakes ke dalam paper cup dan tabur manik ke atasnya.
Bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 celsius.
[kalau nak bakar boleh, tak mau bakar pun tak apa. jadi je kuihnya]
Resepi Kuih Suji

Bahan-bahan

Gula Aising  100g
Minyak Sapi  200g
Secubit Garam
Tepung Halus  400g
Secubit Baking Powder

Cara-cara
Sieve gula aising and mix with ghee until smooth and ringan
bubuh garam n mix lg
tepung+baking powder=sieve dlm adunan ghee+gula
adun smpi bentuk doh
biarkn dlm 1/2 jam (untuk biskut lembut)
buat bulat2.
panaskan oven 160 drjh clcius.
sapu mentega kat dulang n ltk kuih.
bakar 160 drjh celcius, 30 minit kalau pakai oven besar.
kalau korang bakar pakai oven kecik, depends.
aku bakar 150 darjah celcius, 20 minit.
ini hasilnya:
sedap tau.
rajin kan menantu Encik Nasharudin and Puan Zaiton ni?
hahahaha.
*angkat bakul+minta puji+kekwat*
ok. selamat hari raya semua.
berhati-hati di jalan raya.
doakan perjalanan aku ke kampung ni selamat sampai.

3 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...