Tuesday, August 2, 2011

2nd day puasa

hari ni berbuka sorang2 je 
sebab my hubby dah start kerja balik
*sedih*
tapi tak apa la sayang, pergi kerja cari duit banyak2
hohoho~~
juadah berbuka hari ni;
roti john
nestle bliss
kurma
tu je. sikit kan. sebab aku memang jenis tak makan banyak sebenarnya. lagi satu nak jimat. student kan. 

penat kelas hari ni dari pukul 8 sampai pukul 6. bibir naik kering duduk dalam aircond. ada kuiz dispensing hari ni, cuma dapat jawab separuh je. lagi separuh wallahualam. pasrah je aku. next week ada kuiz dispensing lagi. kuiz applied pharmaco jumaat ni :]

merujuk kepada entry >INI<,kan hari tu aku dapat hadiah GA foot patch. so,malam tadi sepatutnya dah malam ke-4 aku pakai D'Puteri Detoxifying Foot Patch. tapi malam tadi terlupa pulak nak pakai. so, aku ganti pakai waktu time tido siang. hah~ nak dijadikan cerita, sebelum2 ni aku rasa bila bangun pagi, agak segar la jugak tanpa rasa mengantuk. tapi pagi tadi mengantuk lain macam. aku snooze alarm sampai 3 kali. walhal aku tidur malam tadi punya la awal dalam pukul 11 gitu. adakah foot patch ni benar-benar berkesan? takpa2, kita tengok lagi dalam seminggu dua ni mcm mana result. tengok hilang tak toksin dalam badan aku ni. nanti aku compiled kan semua gambar used foot patch untuk tatapan semua. jangan tak lalu makan pulak. 

and pasal nestle bliss challenge tu. hari ni hari kedua challenge. aku musykil, biasanya aku minum bliss memang senang nak pergi loo. tapi aku dah minum 4 serving x 200g termasuk waktu berbuka puasa tadi, g toilet baru sekali. tu pun macam kureng~~if you know what i mean. mungkin sebab before ni aku senang pergi tandas sebab aku habiskan satu botol besar kot? xcukup 400g sehari. takpa2, kita teruskan cabaran. 


0 comments:

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...