Sunday, July 31, 2011

esok puasa.

status kat FB semalam:
0515 morning~~~~
1357 eh. dah pukul 2? (*______*) cepat sgt masa berlalu
1450 ah.rupenye isnin ni dah puasa?!knp aku mcm lost track kebelakangan ni (*____*)


serius. aku tak tahu pun start puasa esok. aku ingat kan isnin minggu depan. aku dah siap cakap dengan my hubby, nenek and atuk yang aku nak balik JB next week. semalam aku call ibu, ibu kata puasa kan 1hb. cis. punah la plan aku nak balik next week. alang-alang balik cuti raye je la nanti.

kebelakangan ni selalu lost track of time. busy, banyak kerja nak buat, banyak benda nak fikir. *bajet perdana menteri* 

bangun awal hari ni. 5.30pagi, hujan ribut. breakfast, kemas2, basuh apa yang patut, gayut dengan my hubby yg kat SP selama sejam, mandi and sambung study balik. pening. banyak sangat nak dihafal.
bengang dengan sorang kawan ni, lain kali nak buat apaapa plan dulu. ada ke aku yang jauh ni yang kena handle problem dia yang jauh kat selatan sana, plan segala bagai. aku tahu lah ko baru start, nak belajar berniaga ke apa. aku dah bagi jalan cukup lah. manja sangat. dulu boleh la aku ikutkan je apa yang kau nak, now ni haram la kan, aku bukan kuli babu kau. tak koser aku. lantak ko. aku pun busy, ingat aku senang lenang goyang kaki sambil korek hidung ke. aku pun ada life sendiri, banyak kerja, busy. emosi betol aku. 

yeah~~dispensing dah siap 70%. cuma tinggal certain drug yang mengconfusedkan. and malam ni my hubby balik bawa balik daging(。◕‿◕。)ingatkan nak masak asam pedas untuk sahur ni kalau sempat. tapi tengok la nanti. buat buka pun best, tapi bulan puasa ni kena buka sorangsorang la sebab hubby kerja malam (ಥ_ಥ) tak apalah, berkorban sikit.

*mata dah ngantuk, bersengkang mata tunggu yang tersayang balik*
OUT.

Saturday, July 30, 2011

aktiviti weekend ni.

things to do
1. basuh baju [*malam nanti basuh separuh lagi]
2. basuh linen/sarung bantal
3. kemas bilik 
4. vacum
5. masak lunch+dinner=fusili carbonara
6. beli barang kat giant*
xjadi beli. malas nak keluar rumah.
7. study.
kuiz dispensing tak tahu nak study yang mana (*____*) pening2.

reminder
1. BNF dengan buku chemistry ambik hari isnin petang. budget dalam RM 70
2. pulang buku chemistry hari selasa pagi.
3. call ibu and confirmkan kat hazwan, pasal bazar ramadhan.
dah msg hazwan suruh call ibu
4. Quiz Applied Pharmaco 02/08 cardiovascular and endocrine drug [Ubat KKM, Trade & Generic Name, Strength, Indication]
5. Hari Isnin ambil no telefon Class Rep nanti senang nak tanya.
6. tanya groupmate pasal assignment group cik azizah.
dah tanya tapi tak ada respons lagi.
7. hari ahad basuh beg sekali.
dah rendam

*things to buy
1. buku untuk dipensing
2. bliss x3

homework
1. Applied Pharmacology Madam Ma
"Drug Abuse and tradisional treatment in Malaysia
[cari pasal acupunture and buat slide+softcopy]
deadline: next week bagi dekat amirul
2. Dispensing Cik Azizah
[a] h/out refference in pharmacy
[b] buku calculation color kuning
[c] assignment group on medication error and good quality counter service.
deadline: assignment next week
bincang dengan group mate
3. Dispensing Madam Ma
Dispensing 3 h/out
deadline: rabu minggu depan
4. Pharm Chem
Report Sodium partner dengan pokcik
dah inform pokcik. esok bincang pasal report.

mims dah dapat :]
*UPDATE 9:09 PM
sekarang nak buat dispensing 3 madam ma sampai ngantuk then tdur. good night.
*UPDATE 2 OGOS 2011 09:49PM
nama pun checklist kan.

Friday, July 29, 2011

jumaat.

bangun pagi awal tapi bersiap lambat. badan letih. mata tak boleh bukak. terlambat masuk kuiz Applied Pharmaco (*____*) jawab paper dengan sebelah mata terbuka sebelah tertutup.
*ngantuk giler*
Kuiz bincang on the spot.
Madam Ma asyik attack aku sebab aku ada salah.
"suzlin, prodrug if not metabolize, it doesn't work"
"suzlin, it will decrease the effect, not increase"
"now you understand suzlin?"
"see who's wrong here..a~suzlin again"
dem.satu kelas pandang aku bila dia sebut nama aku.
malu(>.<) malu
rehat sekejap pergi makan dengan kawankawan. sebab my hubby ada kelas lain.
lepas tu kelas management.
yeah~~satu kelas dengan my 
*tapi kalau kami satu kelas duduk sebelah2. aku tak boleh concentrate asyik main je*
cakap pasal work, job and task.
kelas habis pukul 12. balik rumah. lepak2.
then pintu rumah diketuk.
hoooraaayy~~~! pakcik posmen
*eh. dia tak pergi sembahyang jumaat ke*
dapat parcel. tapi at first, aku tak ada idea sapa yang bagi.
eh. hadiah apa ni?
check balik entry blog contestdansuzlin
fuiyo~~hadiah GA cari saya dah sampai! 
terima kasih penganjur!
sekali bukak..fuiyo [2x]
D'Puteri Detoxifying Foot Patch
100 keping!
gulp..kakak tu tersalah post ke apa.
100 keping kot. aku try google berapa harga dia. satu RM1.50!
100 keping dah RM150 + kos penghantaran lagi dah berapa.
ish.
my ❤ cakap betul ke aku dapat ni, ke aku beli lepas tu aku tak ingat.
then confirm. memang aku menang ni. malam ni try pakai la.
hah~~~!
excited-excited
petang pukul 2.30 ada lab dengan Puan Zurinah. boleh pulak aku tertukar sample KHP dengan distilled water.
dah groupmate aku bagi beaker yang tu.
aku cuma check volume sama je, so aku rembat la. kena pusingkan sambil bubuh Sodium dari burette smpi tukar color. 
pusing punya pusing smpi habis mixture tu tak tukar2 color.
naik lenguh tangan aku.
dem. salah ambil solution la ni.
(*_____*)
buat balik semula. nasib baik la banyak masa lagi. citric acid tak buat lagi.
oh. pening2. tapi tak apa, aku enjoy.
dah siap semua kerja. aku stayback kejap nak jumpa Pn Zurina. minta tolong dia sangatsangat ajar aku PharmChem.
sebab aku ni lemah giler Kimia.
termasuklah Physical Chemistry and Organic Chemistry.
*as suggested by Encik Saiful Khairi, mentor aku*
mulamula dia cakap kalau lemah Kimia kenapa masuk course ni.
tak rasa nak masuk course lain ke?
sedih aku sekejap (ಥ_ಥ) tapi tak apalah orang nak belajar kan.
then dia decide nak tolong aku.
alhamdulillah.
then pergi library sat pinjam buku rujukan. 
on the way balik rumah, singgah Medan Gopeng beli tiket my hubby, dia nak balik SP.
sedih (ಥ_ಥ) kena tinggal sorang lagi weekend ni.
lepas beli tiket, my hubby ajak pergi makan and tibatiba tayar motor meletop pulak. nasib baik tak jadi apaapa. and kebetulan masa meletup tu betul2 dah dekat dengan kedai tayar. alhamdulillah. 
kena RM70. ಥ_ಥ kesian my hubby, kami samasama student kan. mana ada duit banyak. lagilagi akhir bulan ni. 
*tak apa sayang. nanti kita dah kerja, kita kumpul duit banyakbanyak, beli rumah, beli kereta, buka kedai*
lepas tu kami pergi makan dekat Sri Hatyai, Tambun.
ciput je lauk nya. tapi my hubby kata tomyam kat sini sedap.
my hubby tanya, 
"dah tak ada mood ke nak makan"
eh. takkan la makan pun takada mood kan. aku cuma penat sikit.
bab makan ni bilabila pun boleh. hahahaha. lagipun aku macam kenyang lagi sebab breakfast pagi tadi.
lepas tu kami balik rumah, 
sedihlah malam ni my hubby nak balik SP. tapi apa boleh buat. keadaan memaksa *ayat tak boleh bla*
malam, pukul 9.30 dah tidur.
*sedih kena tinggal ಥ_ಥ*

Thursday, July 28, 2011

khamis.

hari ni hari jadi ayah.
hari ni ada lab.
ad kuiz lab tibatiba. tak faham soalan. ಥ_ಥ sedih.
lab dispensing best tau. rasa macam astronaut pulak.
baju tu besar gabak.
*camwhore*
hari ni breakfast nasi lemak.
lunch bubur jagung.
dinner tak makan.
my hubby cakap dia nak balik Sg. Petani tolong abah.
takkanlah i nak cakap tak boleh kan.
kang derhaka pulak dengan mak mertua.
ಥ_ಥ sedih.
tak apalah, i pun nak study kan this weekend.
next week ad kuiz dispensing.
ಥ_ಥ sedih. ayat sedapkan hati.

Wednesday, July 27, 2011

alhamdulillah.

petang tadi dapat mesej dari mentor.
aku tak tahu nak describe berita ni as apa.
berita baik atau, biasa saja.
sebab tak merubah apa pun.
sebab minggu lepas pun status nya macam ni juga.
cuma mungkin persoalan-persoalan tu dah kurang.
apaapa pun.
alhamdulillah. aku bersyukur.
tuhan bagi kekuatan dan dia untuk aku.
susah jerih payah aku sekarang ni.
aku tak rasa forever alone.
[nota: kebelakangan ni entry emo sajork]

Tuesday, July 26, 2011

30 Days Blog Challenge "LAST DAY"

A photograph of yourself today + 
three good things that have happened in the past 30 days


sad.sad.sad.
wrong time. 
dugaan tuhan.
nothing good happen.
tak mau bubuh gambar.


penutup challenge ni:
sekurang kurangnya aku realize
ada part of my life still missing


Monday, July 25, 2011

29 days blog challenge

Something you could never get tired of doing


boleh aku copy paste entry semalam?
sebab harihari pun aku buat benda yang sama
aku tak buat benda yang aku tak suka
dan tak ada siapa pun nak halang aku dari
buat benda yang aku suka
dan tak ada siapa pun nak suruh 
buat benda yang aku  tak suka
*gila berbelit ayat*
aku pandang kiri. aku pandang kanan. 
atas. bawah.
oh. then i realize,
aku berseorangan kah?


depress.

muka engkek giler, pretending that I don't care. 
tapi, mata dah berkaca.  
dem. i hate this feeling. aku dah lost, tak tahu apa dah nak buat.
boleh tak aku harapkan duit juta-juta
jatuh dari langit?
sebab aku rasa, itu je satu-satu cara nak solve kan 
problem aku sekarang ni.
desperate, and really in need.
shit. kalau la aku boleh restart balik life ni,
tak mau aku jejak sini.
tapi fikirfikir balik, ada juga kebaikannya.
aku mengaku, ni semua silap aku.
nak menyesal pun tak guna.
takut.
sedapkan hati, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.
tapi entahlah;
risau.kalut.bimbang.kusut.malu.
penuh dalam otak aku yang kecik.
shit.
bila la nak berhenti semua ni.

Sunday, July 24, 2011

28 days blog challenge

my favorite lazy day activity
surfing internet/blogwalking
http://www.smileycodes.info
playing games
http://www.smileycodes.info
reading
http://www.smileycodes.info
sleeping
http://www.smileycodes.info
eating
http://www.smileycodes.info
cooking
http://www.smileycodes.info
jalan-jalan
http://www.smileycodes.info
aah~~hr2 pun macam sama je. tak kira hari cuti ke tak cuti ke.
hari tak malas cuma tambah satu activity.
http://www.smileycodes.info
++study. (*____*)++
http://www.smileycodes.info
tension.
kerja sekolah 3 hari buat baru nak siap hari ni.
esok dah kena hantar.
baru buat satu subjek, berjam2. belum lagi subjek lain.
file pun tak kemas lagi ni.
OUT.nak tido.
nak bangun awal esok. hari-hari kelas pukul 8.
http://www.smileycodes.info
*benci*

Saturday, July 23, 2011

27 days blog challenge + butterscoth recipe

A picture of you last year...
 and and how have you changed since then?
honestly, worst in some aspect.
and good.
50-50
*no comment*
(X_____X)
dem.

hari ni tak tahu nak buat apa. 
tak ada mood. my ❤ pun hr ni kerja full je. 
rasa macam forever alone.
so aku try buat butterscotch sauce.
walaupun tibatiba.
aku rasa otak aku dah tak betul.
Rx
100gm butter
3/4 cawan gula perang
1 tin susu cair
1 sudu teh vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Method
Melt butter and sugar together. 
Put in susu cair, incorporate with the butter+sugar mixture until all the sugar dissolved.
Put in vanilla essence.
When it boil, dissolve cornstarch dengan air sejuk then put it in the mixture.
Kacau sampai pekat.
Angkat dan hidang with ice cream or puding. nomnomnom.

fikiran kacau bilau
jiwa kacau
tak tahu nak buat apa

Friday, July 22, 2011

26 days blog challenge :]

Someone you admire.

adoi. mestila hubby busuk saya ni.
takkan kumpulan gulagula pulak.
(*_____*)

Thursday, July 21, 2011

day #25 blog challenge

favorite color.
black; i think.
end.


harihari pun sedih jugak
why?why?why?
why life isn't fair?

"this is me being stupid enough to belive
that LIFE comes with a rewind button"

aku rasa macam dah give up la
tak mahu rasa sedih
nak lari
build another; brand new life
tapi boleh kah?
nasib baik ada peneman setia di sisi
kalau tak 
tak sanggup dah aku nak harung sorangsorang
tapi..tapi..tapi..
as aku dah start rasa down sekarang ni
aku tak tahu mana arah dah
rasa sensitif sangat
rasa macam lost
sampai rasa macam nak menangis sebab tak tahu kelas kat mana
sebab tu je
dem. dah lebih dua tahun dekat kolej, aku tak tahu kelas dispensing dekat mana.
dem. dem. dem. dem. dem. dem. and dem.
what the hell is wrong with me?!?!

aku. 
rasa macam dah tak yakin dengan diri sendiri.
aku tak tahu aku boleh buat ke tak semua ni.
aku tak tahu.
depress.
...
*die*

Wednesday, July 20, 2011

24 days blog challenge

A photo of something that means a lot to you me.

i love you
*speechless*

Tuesday, July 19, 2011

*nanges*

[ENTRY EMO]
sedihlah bila orang cakap/perli pasal kita
lagilagi bila dia datang dari orang yang kita boleh cakap respect jugak lah. aku tau la aku ni tak sebagus mana
tapi sekurang-kurangnya aku tak adalah menyusahkan sesiapa
lepas tu tak perlu lah nak malukan aku depan orang 
kau bukan kenal aku pun
kenapa tibatiba nak mention nama aku pulak
aku takda salah apa pun dengan siapa2 kat sini
apetah lagi dengan kau
tak faham la kau orang ni.
aku memang tak redha.
dahlah
semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi makhlukmakhluk macam kau ni.
nasib baik di saat aku rasa 
down.down.down.
ada jugak peneman dan pembakar semangat disisi
Syukur, Alhamdulillah.
Terima kasih,
sayang~

23 days blog challenge :]

Your skincare Regime.
ya. aku seorang perempuan yang menitikberatkan kulit wajah dan badan
kerana kecantikan adalah hak milik setiap insan. *ayat poyo*
From Left
Facial Wash: OXY Whitening Face Wash
Toner: Simple Facial Toner
Moisturiser: OLAY 
Scrub: ST Ives
Mask: Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask

pakai barang murah je.
dah bertahun-tahun memang pakai ni je sejak sekolah menengah dulu.
sebab tu la kulit i tegang tanpa noda,
muda remaja.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
*kekwat sket*
memang produk lain-lain brand tapi memang combination ni yang paling sesuai, paling superb
ni buktinya:
saje-saje tayang gambar sebesar entry
hah~~jeles tak?
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
naive giler muka
kan?kan?

Monday, July 18, 2011

SIMPLEST,EASIEST,TASTIEST and FOOLPROOF APPLE CRUMBLE RECIPE

hari ni pendaftaran student kolej aku;
belum settle lagi pendaftaran. esok nak kena jumpa mentor, bincang add drop segala bagai. kena fikir pasal masa depan. i just go with the flow. ada rezeki adalah, 
walaupun terdetik dalam hati, 
oh, aku dah bosan nak sambung belajar. 
hah~~boleh pulak macam tu kan.
tak kisah la. yang penting hari ni aq nak share apple crumble recipe yang aku dah alter sikit-sikit
mengikut citarasa aku.

SIMPLEST,EASIEST,TASTIEST and FOOLPROOF APPLE CRUMBLE 
by Cik Suzlin
Untuk Crumble:
2 cawan tepung naik sendiri
150g Buttercup
4 oz gula kastor
1 sudu kecil cinnamon powder*
Mix all this ingredient until it become crumbly. agak-agak tak crumbly, campur tepung lagi sikit. buat sampai crumbly tau.

Untuk Apple Filling:
4 biji apple hijau yang dipotong kecil atau dihiris [ikut suka] 
2 oz gula kastor 
1 sudu kecil cinnamon powder*
Mix all this Ingredient pastu masuk dalam buttered loyang. Tambah Crumble kat atas sampai penuh loyang. Buat slow-slow jangan tekan crumble tu, nanti keras pulak. Buat ala-ala macam menabur padi, sesedap rasa.

Then bakar dalam oven suhu 180C selama 35 minit. Jangan bakar lama sangat, kang atas dia hangit, xsedap makan.

TIPS/Workflow
1. Panaskan Oven 180C siap-siap
2. Buat Crumble dulu baru potong apple, sebab kalau potong apple tu dulu, nanti apple tu teroksida.
3. Masa tabur crumble jangan tekan tau, nanti keras.
4. Lepas dah bakar, bagi sejuk jap, atau masuk dalam peti ais sebab bila potong macam ada bentuk sikit, tak ada pecah-pecah. TAPI, disebabkan my hubby and I tak menyabar, lantak la tak cantik pun, janji sedap.
5. *cinnamon powder tu, tak letak pun tak apa. tapi aku suka, sebab wangi.
6. Apple crumble best serve with vanilla icecream/whipped cream.
7. Cara aku pilih apple: apple yang aku makan raw sedap, maknanya bakar pun mesti apple tu sedap jugak.

SEDAP! minggu ni je dah 3 batch aku buat.
eh. faham tak ni?
(*____*)
[ayat tunggang langgang, kesian cikgu BM aku]

Sunday, July 17, 2011

22 days blog challenge

A photo of me as a child.
ambik-ambik. limited edition ni.







[nota: iiii~~anak sapa ni. comelnya. hahaha.]

malam ni my hubby request apple crumble lagi.
dia tak suka benda manis-manis,
 tapi dia kata apple crumble saya sedap.
so, aku buat malam ni sebab tak mau kalut-kalut.
ini kerana esok dah start kelas!
hahahahaha.
(-____-)"
hari ni tak ada buat apa, pergi makan,beli game PS2
[kingdom heart dgn game memburu haiwan]
(-____-)"
lepas tu balik online, online, online,
baking then online lagi,
melantak rasa apple crumble yang dah masak
then now ni sedang sibuk mengupdate blog.
eh. ada aku mention esok dah start kelas ke?
ah. sekejap nya cuti.
*walhal berbulanbulan*
(-____-)"
dah. nak tido.

Saturday, July 16, 2011

21 days blog challenge

Something you crave a lot.
waaa~~dah 21 hari buat challenge ni 
bagus2 bak kata Hazwan
*tepuk2 diri sendiri*
hahaha.
*awkward*
(¬_¬)
berbalik pada tajuk di atas;
Apple Crumble
have been the one thing I've been craving a lot of lately
nak beli tak ada jual.
last makan dulu buffet kat Hotel Syuen, Ipoh; rasanya,
4 tahun lepas.
*eh.yeke?bukan apple pie?confuse2*
(¬_¬) 
so, sempena post hari ni, 
aku pun try la buat ni pagipagimorning,
*bajet breakfast omputih sajork*
1st time ni:
before, apple kat dalam crumble on top
after 40 minute
for him 
❤for me

serve with vanilla icecream.
nyum2.
sedap. my hubby said. 
i pun kata sedap.
hahaha.
*awkward*
tapi..tapi..tapi..
makan banyak-banyak macam muak pulak.
tinggal half untuk tea petang karang la.
tak payah susah masak lagi.
kan?kan?
kalau nak resepi, klik kat 
>SINI<
tau. Resepi lain pun ada.
kelakar giler tahap dewa chef dia
nama titlinihaan.
dah banyak dessert dia aku try.
semua jadi. tak ada yang tak jadi.
especially chocolate mousse dia.
sedap tahap dewa.
hohoho.
*sweet tooth*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...